Mengenai Zhulian
Syarikat
ZHULIAN MARKETING (M) SDN BHD (186058-T)
Plot 41 Bayan Lepas Industrial Estate, Phase IV, 11900, Penang, Malaysia.
Direct Sales Licence No.: AJL 93195
Memperkasakan Insan, Mengkayakan Kehidupan
Dipacu oleh keinginan dan kepercayaan bahawa produk hebat yang disokong oleh semangat keusahawanan yang hebat, pasti membuahkan kejayaan yang menakjubkan, lantas Zhulian diasaskan pada tahun 1989 oleh En. Teoh Beng Seng dengan wawasan untuk menawarkan peluang dan kejayaan yang sama selaku pemilik perniagaan kepada mereka yang berimpian dan berusaha ke arah kejayaan. Sejak itu, Syarikat ini bersama En. Teoh Beng Seng serta sokongan keluarganya di pucuk pimpinan, telah berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui model perniagaan yang unik ini.
Bersama-sama, mereka telah berkongsi dan mengembangkan falsafah perniagaan yang unik ini dengan insan-insan yang berpandangan seiring dengan mereka untuk membangunkan Syarikat ini kepada jenama yang melambangkan kualiti, inovasi dan diyakini yang dikenali ramai di rantau ini.
Pada hari ini, Kumpulan Syarikat Zhulian (“Zhulian” atau “Kumpulan”) adalah salah sebuah syarikat peneraju dalam industri jualan langsung di rantau ini dan merupakan sebuah syarikat yang tersenarai awam di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, di bawah syarikat pemegang pelaburan yang dikenali sebagai Zhulian Corporation Berhad – dengan jaringan Agensi Bertauliah dan rangkaian Pengedar yang tersebar luas merentasi Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.
Sehingga kini, kami telah melahirkan ribuan insan-insan yang berhasrat menggenggam kejayaan dan memiliki kebebasan kewangan dengan menghulurkan peluang perniagaan unik. Anda juga, mampu menggapai kejayaan tanpa batasan sekiranya anda menyematkannya di minda, dan kami berjanji untuk menawarkan peluang-peluang yang sama sepertimana yang telah dinikmati ribuan insan lain.
Jenama Diyakini, Produk Hebat
Sebagai sebuah syarikat tempatan yang bermula pada 1989 secara sederhana di Pulau Pinang, kami telah berkembang maju sebagai salah sebuah jenama yang kukuh di rantau Asia Tenggara. Komitmen kami untuk menghasilkan produk-produk berkualiti hebat jelas digambarkan melalui pengeluaran rangkaian produk menyeluruh dengan formulasi sendiri dan menjana kehidupan yang sihat.
Pembangunan inovasi dan pengilangan berkualiti selama hampir 3 dekad membolehkan kami menjadi perintis pertumbuhan dalam pelbagai cara – dengan produk teras kami iaitu barangan kemas saduran emas, yang dipelbagaikan ke rangkaian produk menyeluruh seperti produk kediaman, kesihatan dan peribadi; kehadiran kami di empat negara dengan jaringan melebihi 300 Agensi dan ratusan ribu Pengedar di rantau Asia Tenggara, selain kapasiti pengilangan berlipat-ganda melalui 3 bangunan kemudahan pengilangan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, di mana salah sebuahnya bersijil GMP serta proses pengeluaran yang diiktiraf dengan persijilan ISO 9001:2008.
Misi Kami
Misi Zhulian sentiasa untuk membantu insan-insan berimpian agar dapat membebaskan sepenuhnya potensi diri mereka, memiliki kebebasan kewangan dan meniti kehidupan yang diimpikan dengan memformulasikan dan menghasilkan produk-produk berkualiti dan peningkat kesihatan yang bernilai cemerlang.
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
Pencapaian
Bukti Kecemerlangan Kualiti
Sekian tahun, kami telah mendapat pengiktirafan bermakna bagi produk-produk inovasi, sistem berkualiti dan prestasi cemerlang kami sebagai sebuah syarikat Pemasaran Berbilang Tingkat. Rangkaian anugerah ini menjadi bukti jelas segala dedikasi kami dalam menghasilkan produk dan peluang yang dapat memperbaiki kehidupan selain menjadikan dunia ini lebih baik untuk generasi masa depan. Kami juga sentiasa mencari laluan untuk mengembangkan jangkauan pasaran agar mampu mencapai insan-insan pada peringkat global.
_______________________________________________________________________________
Penglibatan Kemasyarakatan
Menghulurkan Bantuan Bagi Yang Memerlukan
SUMBANGAN SEBANYAK RM550,000 KE TZU-CHI UNTUK 10 UNIT MESIN DIALISIS
Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Zhulian bagi tahun 2012, Kumpulan telah menyumbangkan sejumlah RM550,000 kepada Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia bagi penajaan 10 unit mesin dialisis di Pusat Dialisis Tzu Chi agar dapat memberikan rawatan dialisis percuma kepada para pesakit dialisis yang miskin dan memerlukan.
Menyumbang Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
SUMBANGAN RM500,000 UNTUK MAKMAL BERSAMA ZHULIAN-USM
Pada tahun 2013, Kumpulan telah memberikan sokongan penuh kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menyediakan Makmal Bersama Zhulian-USM di USM, Pulau Pinang dalam bentuk sumbangan berjumlah RM500,000.
Membantu Masyarakat Selepas Dilanda Malapetaka
SUMBANGAN MAKANAN DAN BARANG KEPERLUAN BERNILAI RM 1 JUTA UNTUK MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR
Pada tahun 2015, Kumpulan menderma makanan dan barang keperluan yang kesemuanya berjumlah RM1 juta, yang terdiri daripada produk kopi dan minuman bijirin keluaran kilang Zhulian dan 6000 botol “Air Hidup Semula Jadi” Beyond Water yang bernilai RM500,000 serta makanan dan barang perlu lainnya yang juga bernilai RM500,000 kepada mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Polis Diraja Malaysia dan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am dan Malaysian Relief Agency (MRA) telah bekerjasama untuk mengangkut bekalan berkenaan ke pusat-pusat bantuan mangsa banjir.

Comments
Post a Comment